Berikut merupakan beberapa contoh pendahuluan dan isi sokongan yang boleh dikategorikan sebagai agak baik yang dikarang oleh pelajar. Penulisan struktur pendahuluan dan isi sokongan karangan yang baik melibatkan kesepaduan banyak aspek. Menyedari hakikat itu dan tahap kematangan pelajar serta berpandukan konsep "ansur maju", maka aspek baik yang ingin dipaparkan/dinilai menerusi contoh-contoh di bawah hanyalah idea/isi/huraian yang dirasakan agak menepati struktur yang diperlukan. Penilaian ini tidak termasuk aspek keutuhan dan aspek bahasa. Karangan ini sememangnya mempunyai kesalahan bahasa. Buat sementara waktu, abaikan dahulu aspek tersebut. Oleh itu, calon hanya perlu melihat aspek kerelevanan struktur/kriteria yang perlu sahaja dengan memberi tumpuan kepada perkataan/frasa/klausa yang digelapkan / bold
Contoh perenggan pendahuluan oleh Norzalika Mohd Musa (6AG)
Gejala pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang baru di negara kita. Pembuangan bayi merujuk kepada perbuatan meninggalkan bayi yang dilahirkan di merata-rata tempat tanpa sifat perikemanusiaan.Banyak berita dan laporan tentang kes pembuangan bayi disiarkan dalam media massa tempatan. Menurut laporan tersebut, bayi yang dibuang biasanya dijumpai di perkarangan masjid, tempat pembuangan sampah, malah ada yang dicampakkan ke sungai. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan fenomena ini terjadi. Oleh itu, langkah untuk mengekang masalah ini perlu diambil dengan segera.
Contoh perenggan pendahuluan oleh Suhaila Sukaimi (6AG)
Gejala pembuangan bayi merupakan satu perbuatan yang zalim dengan meninggalkan bayi yang baru lahir di merata-rata tempat. Bayi yang tidak berdosa itu juga sering dijumpai di tempat-tempat kotor dan jijik. Setiap hari, banyak rencana dan laporan tentang kes-kes pembuangan bayi disiarkan dalam media tempatan. Sebagai contoh, bayi yang baru dilahirkan telah dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa di dalam tong sampah. Gejala pembuangan bayi ini berlaku akibat pelbagai punca yang mendorong seseorang individu melakukannya. Justeru, pelbagai langkah perlu diambil bagi mengatasi masalah ini.
Contoh perenggan isi sokongan oleh Norzalika Mohd Musa (6AG)
Punca pertama kebanyakan orang membuang bayi yang tidak berdosa ialah perasaan malu. Para gadis yang mengandung anak luar nikah ingin menutup keaiban yang dilakukan bersama-sama teman lelaki dengan cara mudah iaitu membuang bayi. Namun begitu, terdapat juga janda yang terlibat dengan gejala ini akibat tergoda oleh lelaki. Walau bagaimanapun, setelah mereka hamil anak luar nikah, mereka tidak berani menghadapi realiti. Oleh sebab takut dihina dan disisih oleh masyarakat, mereka telah mengambil jalan singkat dengan membuang bayi yang dilahirkan. Sememangnya masyarakat kita tidak dapat menerima hakikat ini kerana bertentangan dengan adat ketimuran dan syariat Islam. Dalam keadaan kusut fikiran tanpa bimbingan dan nasihat individu lain, wanita yang terlibat selalunya hilang pertimbangan rasional. Jelaslah disini bahawa perasaan malu membawa kepada punca pembuangan bayi.
Contoh perenggan isi sokongan oleh Farhan Noor Ishak (6AF)
Punca utama kes pembuangan bayi berlaku ialah perasaan malu. Banyak gadis yang mengandung anak luar nikah akibat kesilapan mereka melakukan seks bebas. Setelah mereka hamil, mereka tidak berani menghadapi realiti, takut dihina dan disisih oleh masyarakat. Sememangnya masyarakat kita juga tidak dapat menerima hakikat ini kerana bercanggah dengan adat ketimuran, di samping bertentangan dengan ajaran Islam. Bukan sahaja pelakunya, malah ahli keluarganya juga akan dipulau oleh masyarakat. Kesannya, dalam keadaan kusut tanpa bimbingan dan nasihat yang betul daripada orang lain, wanita yang terlibat selalunya akan hilang pertimbangan rasional lalu bertindak membuang bayi.
Pelajar dinasihatkan membina ayat mudah agar idea yang ingin disampaikan jelas. Perkara yang penting ialah ketepatan isi dengan kehendak soalan. Pastikan juga huraian yang dikemukakan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isi. Jangan lupa mengaitkan isi dan huraian tersebut dengan kehendak soalan pada setiap perenggan bagi mengelakkan perenggan isi anda kelihatan tergantung.Anda dinasihatkan mengulangkaji bahagian-bahagian yang dinilai dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia seperti anda mengulangkaji mata pelajaran yang lain. Rujuk juga panduan-panduan membina struktur karangan dan jadikannya sebagai senarai semak agar penulisan karangan anda menjawab kehendak soalan.

18 ulasan:
cikgu...saya akan terus berusaha bersama rakan-rakan yang lain untuk mencapai A dalam BM 1&2...saya juga akan memperbaiki segala kelemahan yg ada dalam diri saya..
saya harap cikgu akan terus membimbing kami sehingga peperiksaan tiba...terima kasih..
terima kasih cikgu fadil..
cikgu telah byk memberikan sy dan rakan2 lain untuk berjaya dgn cemerlang dlm stpm..insylh..
kami boleh lakukan..!
Saya tidak boleh mengawal gred yang kamu akan perolehi. Saya hanya boleh membantu mana-mana yang kamu perlu. Cuma satu perkara yang saya mahu kamu tahu, gred kamu peratusnya banyak bergantung kepada usaha kamu, dengan izinNya. Satu persoalan : mengapakah pelajar mencatat keputusan yang berbeza walaupun diajar oleh guru yang sama
terima kasih cigu .. latihan2 yg korang post mmbantu sy ..
terima kasih cikgu infomu sangat berguna pada saya untuk laporan saya
bagus juga.................saya suka
ckgu sy stress nie????
Jgn. stress !
Atasi apa-apa aspek yang lemah - jumpalah cikgu secara individu, Insyaallah cikgu boleh membantu.
contoh yg diberi mbantu saya menambah lagi pengetahuan mgenai cara menjawab bm dgn lbh baik.................................
urm mengarang mggunakan bhsa mlyu yang sebenar memang susah
hi,cikgu,i like ur karangan vmuch.tq
good but no use 4 me.....
thanks =)
THANKS SEBAB INFO INI
terima kasih cikgu..=)
salam cikgu knpa tiap kli sy nk buat krngan susah nk dpt idea??
mencari isi karangan yang relevan dgn kehendak soalan mmg agak mencabar dan sedikit sukar. Pengetahuan perlu luas. Ada beberapa teknik boleh diaplikasikannya.
terima kasih untuk tips-tips karangan ini kerana ia amat membantu saya menulis karangan dgn ringkas dan padat.
Catat Ulasan