Walaupun bilangan soalan dalam kertas BM 2 untuk bahagian semantik amat sedikit jumlahnya berbanding bahagan lain, calon masih perlu memberi tumpuan dan mengulangkaji bahagian ini.
Berikut diberikan beberapa contoh soalan STPM berkaitan :
STPM 2002
• Patutlah badannya berbau dan kotor kerana cara mandinya seperti
mandi kerbau.
• Memang susah hendak bercakap dengan Tok Wan kerana dia pekak badak.
1. Kiasan yang paling sesuai dalam ayat di atas ialah
A. Kiasan asal
B. Kiasan terus
C. Kiasan sandar
D. Kiasan berangkap
Zaliha menyelak langsir tingkap rumahnya untuk melihat sama ada hujan
masih lebat atau tidak. Kemudian, dia menyelak pintu rumahnya sebelum
masuk ke bilik tidur.
2. Perkataan yang berhuruf condong dalam petikan di atas merupakan
A. Sinonim
B. Hiponim
C. Polisemi
D. Homograf
3. Antara ungkapan yang berikut, yang manakah yang mempunyai makna konotatif dan makna denotatif?
A. Ibu kota
B. Ibu ayam
C. Ibu pejabat
D. Ibu pertiwi
Apabila ungkapan teknologi maklumat diucapkan, orang akan terus mengaitkannya dengan internet, siber,koridor raya multimedia,kerajaan elektronik, mahkamah siber, tandatangan digital, kad pintar, sekolah bestari,kafe siber,dan sebagainya.
Perkataan teknologi maklumat dalam petikan di atas dirujuk sebagai
A. Sinonim
B. Hiponim
C. Polisemi
D. Homofon
STPM 2001
• Adik membeli sebuku sabun mandi.
• Kakak sedang membaca buku cerita.
• Hatinya berbuku sejak mendengar cerita itu
1. Perubahan makna buku dalam ayat-ayat di atas ditentukan oleh faktor
I. Intonasi
II. Konteks ayat
III. Latar tempat ujaran
IV. Tajuk perbincangan
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
Mempelai itu kelihatan begitu sepadan bagai pinang dibelah dua.
2. Perkataan yang bersinonim dengan perkataan yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah
A. Kekasih
B. Pasangan
C. Pengantin
D. Teruna dara
3. Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang betul tentang homonim?
A. Mempunyai makna yang sama
B. Mempunyai makna yang berbeza
C. Mempunyai kesamaan ejaan tetapi berbeza makna
D. Mempunyai kessamaan bunyi dan ejaan tetapi berbeza makna
Pertelingkahan antara Lebai Jusoh dengan anak sulungnya, Ramli tidak
berpanjangan, lambat laun mereka akan berbaik semula.
4. Peribahasa yang paling sesuai dengan keadaan dalam petikan di atas ialah
I. Biduk lalu kiambang bertaut
II. Berpatah arang berkerat rotan
III. Seperti air ditetak tidak akan putus
IV. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
STPM 2000
1. Kata kenderaan, mergastua, dan alat tulis merupakan kata
A. Polisem
B. Akronim
C. Antonim
D. Hiponim
E. Homonim
• Terdiri daripada dua atau lebih baris
• Mempunyai unsur peraturan atau ketepatan
• Diujarkan satu persatu
2. Penyataan di atas ialah ciri
A. Seloka
B. Kiasan
C. Pepatah
D. Gurindam
E. Perbilangan
3. Antara yang berikut, yang manakah manfaat yang diperoleh daripada
penggunaan kamus?
I. Memilih kata yang tepat
II. Mengetahui asal usul kata
III. Menentukan kelas kata
IV. Mengenal pasti suku kata
A. I sahaja
B. II dan IV
C. III dan IV
D. I, II, dan III
E. II, III, dan IV
STPM 1999
Kereta bukan sahaja dapat dipandu laju tetapi juga dapat membawa beberap orang penumpang. Bas dan kereta api pula menjadi alat perhubungan awam yang terpenting, manakala kapal terbang membolehkan manusia menjelajahi dunia dengan pantas. Semua kenderaan ini merupakan sumbangan kemajuan bidang sains dan teknologi yang membolehkan manusia bergerak pantas pada zaman moden ini.
1. Kata yang bersifat “hiponim” dalam perikan di atas ialah
A. Alat
B. Kereta
C. Bidang
D. Kenderaan
E. Perhubungan
2. Ayat-ayat majmuk di atas merupakan ayat keterangan
A. Waktu
B. Syarat
C. Harapan
D. Musabab
E. Pertentangan
3. Antara yang berikut, yang manakah ayat tunggal?
I. Udara pagi ini sejuk dan nyaman
II. Yang ini tidak boleh digunakan lagi.
III. Murid ini lebih rajin daripada rakan-rakan sedarjahnya.
IV. Perkara itu menarik perhatian penduduk kawasan perumahan ini.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan IV
D. I, III, dan IV
E. II, III, dan IV
• Sudah gaharu cendana pula
Sudah tahu bertanya pula
• Sebab pulut santan binasa
Sebab mulut badan merana
• Banyak udang banyak garam
Banyak orang banyak ragam
4. Kiasan di atas ialah kiasan
A. Terus
B. Melarat
C. Pemanis
D. Berbunga
E. Berangkap
5. Peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga mempunyai maksud yang sama
dengan peribahasa
A. Takut titik lalu tumpah
B. Antan patah lesung hilang
C. Sudah duduk lalu terlunjur
D. Sudah terantuk baru tengadah
E. Terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau

Tiada ulasan:
Catat Ulasan