Tahukah anda bahawa terdapat sesetengah soalan BM 1 STPM yang hanya memerlukan pemikiran logik akal untuk menjawabnya ?
Saya tunjukkan beberapa soalan sebagai contoh.
16 Susunan yang betul untuk perancangan
bahasa Melayu ialah
I pengekodan
II
perancangan taraf
III
perancangan dasar
IV
penilaian hasil dan pemantapan strategi.
A
I, II, III dan IV
B
II, III, IV dan I
C
III, I, II dan IV
D
III, II, I dan IV
Kata kunci soalan di atas ialah perkataan susunan. Pilihan jawapan IV mestilah merupakan susunan terakhir kerana penilaian merupakan peringka terakhir. Oleh itu pilihan jawapan yang mungkin ialah C atau D. Calon hanya perlu menilai susunan kedua pilihan jawapan C ( I : pengekodan) dan D ( II : perancangan taraf). Memandangkan terdapat perkataan perancangan dalam pilihan jawapan II : perancangan taraf yang merupakan proses yang lebih awal daripada I : pengekodan , maka pilihan yang betul ialah pilihan jawapan D.
STPM 2002
14 Antara yang berikut, yang manakah pernyataan
yang menunjukkan perancangan bahasa
Melayu pada peringkat pertama?
I
Melaksanakan rancangan yang disusun
II
Mempertimbangkan kedudukan bahasa-bahasa lain
III Memilih bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
IV
Melaksanakan kajian semula terhadap kedudukan bahasa
kebangsaan
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Kata kunci soalan di atas ialah perkataan perancangan. Perancangan mestilah perkara yang belum dilaksanakan. Oleh itu, pilihan jawapan I dan IV semestinya salah kerana mengandungi pekataan "melaksanakan". Perkataan "mempertimbangkan" dalam pilihan II dan perkataan "memilih" dalam pilihan jawapan III menepati makna perancangan iaitu tindakan yang belum dilaksanakan. Oleh itu jawapan yang betul ialah C.
Soalan STPM di atas hanyalah contoh untuk menunjukkan terdapat beberapa soalan yang kelihatan sukar sebenarnya mudah untuk dijawab. Cuba teliti soalan-soalan STPM yang lain untuk melihat soalan-soalan sebegini. Yang penting jangan gelabah dan jangan mengalah. Fikiran mesti tenang ketika menjawab soalan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan