Jumlah Paparan Halaman

Sahabat Blog

Khamis, 24 Mac 2011

Analisis Bentuk Alih Bahasa Bahagian C BM 2 STPM 2005-2010

Pada pendapat cikgu, bahagian C : Alih bahasa kertas Bahasa Melayu 2 ini merupakan bahagian penting walaupun hanya membawa 15 markah sahaja. Cikgu cadangkan calon STPM memberi tumpuan kepada 3 bentuk alih bahasa untuk diulang-kaji dan difahami cara mengalih bahasanya dengan teliti supaya bahagian ini memberi markah yang baik untuk membantu markah keseluruhan BM 2.

Dengan merujuk analisis kekerapan bentuk alih bahasa dalam peperiksan STPM di bawah, dan dibantu oleh guru-guru di sekolah, cikgu yakin anda boleh menentukan 3 bentuk alih bahasa tersebut. Tiga bentuk alih bahasa yang telah dikenal pasti itulah yang perlu diberi lebih tumpuan semasa mengulangkaji pada saat-saat akhir
menjelang peeriksaan STPM.

STPM 2005
5. DIALOG
6. PUISI

STPM 2006
5. KLASIK
6. DIALOG

STPM 2007
5. DIALOG : CERPEN
6. DIALOG : WAWANCARA

STPM 2008
5. UNDANG-UNDANG
6. PROSA KLASIK

STPM 2009
5. IKLAN
6. SAJAK

STPM 2010
5. DIALOG
6. SAJAK

Bagaimana ?.

Rabu, 23 Mac 2011

SMK. BANDAR MAS
TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU KERTAS 1 (910/1)

(A) PENDAHULUAN.

[1] Kertas Bahasa Melayu di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) terdiri daripada dua kertas, iaitu :
Kertas 1 (910/1) dan Kertas 2 (910/2).
[2] Sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang diperkenalkan pada tahun 2000
dan peperiksaannya pada tahun 2001 ialah sukatan pelajaran baru yang
menggantikan sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang digunakan
sejak STPM 1992.
[3] Kertas 1 mengandungi 60 soalan objektif aneka pilihan.
[4] Soalan-soalan dalam kertas ini merangkumi soalan :

BAHAGIAN
Pemahaman
• laras akademik/karya sastera/carta dan bentuk-bentuk lain.
A Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu
• latar belakang/asal usul/tahap perkembangan
B Dinamika Bahasa Melayu.
• kepelbagaian dan kesegaran bahasa Melayu sebagai alat perhubungan.
• ciri-ciri kesantunan bahasa Melayu
C Sistem Bahasa Melayu
• pelbagai peraturan bahasa.(fonologi/morfologi/sintaksis)
• makna kata/peribahasa (Semantik)

[4] Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan tersebut (60 soalan)
dalam masa 2 jam.
[5] Jumlah markah penuh bagi kertas ini ialah 60 markah dengan
pemberatan 37.5 . Markah calon dikira berdasarkan jumlah jawapan
yang betul.Markah tidak ditolak sekiranya jawapan calon salah.
[6] Setiap soalan diikuti oleh 4 pilihan jawapan A,B,C,D, 2 atau 3 gabungan
jawapan.Calon dikehendaki memilih jawapan yang betul, kemudian menandakan
jawapan tersebut pada kertas jawapan objektif yang berasingan yang
disediakan semasa peperiksaan.

D) BENTUK SOALAN

D1.0 TIADA STIMULUS.
STPM 2002
12 Bahasa Melayu mengalami perkembangan awal pada zaman kerajaan
A Sailendra
B Sriwijaya
C Majapahit
D Bangkahulu

STPM 2003
37 Pilih ayat yang menggunakan kata pemeri dengan betul?
A Kereta api yang baru tiba itu adalah dari Johor Bahru.
B Encik Hashim adalah ketua kumpulan kami yang baru.
C Adalah dimaklumkan bahawa tugasan ini perlu disiapkan dengan segera.
D Latihan merumus karangan itu adalah bukan untuk semua pelajar dalam
kelas ini.

STPM 2004
13 Pernyataan yang berikut adalah benar tentang bahasa Melayu klasik kecuali
A menyerap unsur bahasa Jawa kuno
B meminjam beberapa unsur bahasa Arab
C mengekalkan pengaruh bahasa Sanskrit
D menjadi media penghasilan karya sastera dan penyebaran ilmu

D2.0 MEMPUNYAI STIMULUS
Stimulus soalan : Carta,jadual,petikan,pernyataan,ayat,gambar rajah,rumus,pola dan stimulus-stimulus lain.

2.1 Carta

STPM 2004
Soalan 11 berdasarkan carta di bawah ini.

Austronesia Tibet-China

11 Padanan yang betul bagi bahasa dalam petak P dan Q ialah

A Austroasia Polinesia
B Austris Melanesia
C Austris Austroasia
D Austroasia Mikronesia

D2.2 JADUAL DIIKUTI OLEH SOALAN.

STPM 2004
Bahasa Contoh
I Arab I Wajah
II Cina II Gincu
III Jawa III Bahaya
IV Sanskrit IV Tulen

15 Berdasarkan jadual di atas,pilih padanan yang betul antara perkataan
pinjaman dengan bahasa sumbernya.

I II III IV
A P Q S R
B P S Q R
C P S R Q
D R Q S P

STPM 2002
19
Laras rencana Laras akademik
I Fakta bersifat khusus Fakta bersifat ilmiah
II Bahasanya bersahaja Bahasanya ringkas
III Kurang penggunaan istilah Penggunaan istilah teknikal
IV Terdapat kepelbagaian idea Idea yang terbatas

Berdasarkan jadual di atas, pilih padanan yang betul antara laras rencana
dengan laras akademik
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

D3.0 SOALAN YANG JAWAPANNYA DALAM BENTUK JADUAL/KENYATAAN

STPM 2001
20 Daripada jadual di bawah, pilih padanan penanda wacana yang sesuai dengan tujuan paparan idea.

Tujuan paparan idea
Melanjutkan gagasan Menyatakan pertentangan maklumat
A Oleh itu, Justeru
B Di samping itu, Seterusnya
C Dengan itu, Namun
D Walau bagaimanapun Meskipun demikian

STPM 2003
35 Antara perkataan yang berhuruf condong berikut, yang manakah terdiri daripada kata kerja pasif?

Ramlah terpesona (A) melihat pertunjukan silap mata itu. Ketika keluar dari
tempat itu, bahunya terlanggar (B) oleh pemuda menyebabkan dia terjatuh (C).
Ramlah cepat-cepat bangun dan dia tersenyum (D) memandang pemuda itu.

STPM 2003
23 Daripada jadual yang berikut, pilih padanan gelaran yang betul

Gelaran Warisan Gelaran Kurniaan Gelaran Ikhtisas
A Ungku Datuk Tuan Doktor
B Tok Imam Profesor Tan Sri
C Megat Puan Sri Tunku
D Pangeran Syed Cikgu

STPM 2004
12 Pilih padanan yang betul antara batu bersurat dengan tempat dan tulisan.

Batu Bersurat Tempat Tulisan
A Kedukan Bukit Palembang Palava
B Talang Tuwo Palembang Nagiri
C Gandasuli Jawa Palava
D Pagar Ruyong Acheh Nagiri

D4.0 GAMBAR RAJAH/CARTA DIIKUTI OLEH SOALAN


STPM 2003
24. Bahagian yang bertanda X dalam gambar rajah di atas ialah
A vokal depan luas
B vokal belakang luas
C vokal belakang sempit
D vokal depan separuh sempit

D5.0 PETIKAN DIIKUTI OLEH SOALAN

Wanita yang ditemui itu berseluar biru,memakai kemeja berlengan panjang,berambut pendek,berkulit cerah,bertahi lalat di bawah bibir,memakai kasut hitam bertumit tinggi,memakai kaca mata hitam,dan beg tangan berjenama Christine de Or.

STPM 2002
21 Petikan di atas menepati retorik
A laporan
B pemerian
C penceritaan
D penghujahan

STPM 2003
Walaupun hari beransur senja, Pak Dollah dan isterinya masih di ladang. Pasangan itu sedang rancak memetik hasil tanamannya. Mereka mahu menjual buah-buahan yang dipetik itu di pasar malam. Bagi pasangan itu, sebahagian daripada buah-buahan itu boleh disedekahkan kepada jiran mereka.

Kata bantu ragam yang terdapat dalam petikan di atas ialah
A telah, masih
B mahu, boleh
C sedang, mahu
D masih, sedang

STPM 2004
39
Belum pun ada apa-apa keputusan dibuat,Pak Mail telah bertindak dengan sendiri

Berdasarkan petikan di atas, kata ganda yang berhuruf condong membawa maksud
A jamak
B himpunan
C tidak tentu
D kepelbagaian

D6.0. PERNYATAAN/HURAIAN DIIKUTI OLEH SOALAN

31
“Kesesuaian dua huruf vokal membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan
antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan suku kata akhir tertutup”

STPM 2002
Pernyataan di atas merujuk kepada
A susunan vokal
B keselarasan vokal
C penyesuaian dua huruf vokal
D penggabungan dua huruf vokal


STPM 2003
• Belakang lidah diangkat setinggi mungkin ke arah lelangit lembut
tanpa menyentuhnya
• Lelangit lembut diangkat
• Bibir dibundarkan

27 Pernyataan di atas adalah tentang cara penghasilan bunyi
A vokal tengah
B vokal depan luas
C vokal depan sempit
D vokal belakang sempit

STPM 2004

• Depan lidah dirapatkan ke lelangit keras.
• Lelangit lembut dalam keadaan biasa.
• Udara dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung
• Pita suara digetarkan

25 Pernyataan di atas menunjukkan cara-cara mengeluarkan bunyi konsonan
A sengauan gusi bersuara
B sengauan dua bibir bersuara
C sengauan lelangit keras bersuara
D sengauan lelangit lembut bersuara

D7.0 AYAT DIIKUTI OLEH SOALAN
STPM 2002

Berjaya juga akhirnya pendaki gunung Everest itu
43 Ayat di atas
A tidak boleh dipasifkan
B mengalami proses pengguguran
C mengalami proses penyongsangan
D boleh menggugurkan unsur keterangan

STPM 2003

49.
Hormatilah Rukunegara kita kalau mahu menjadi rakyat yang setia

Dalam ayat di atas, bahagian yang berhuruf condong dikenali sebagai
A frasa keterangan
B klausa tak bebas
C klausa utama
D klausa bebas

STPM 2004
Motosikal Jaguh kepunyaan anak Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sriwijaya telah melanggar seekor anak kambing jantan di hadapan Masjid al-Rahman pada hari Ahad yang lalu.

49 Predikat bagi ayat di atas ialah
A melanggar seekor anak kambing jantan
B telah melanggar seekor anak kambing jantan
C melanggar seekor anak kambing jantan di hadapan Masjid al-Rahman
D melanggar seekor anak kambing jantan di hadapan Masjid al-Rahman
pada hari Ahad yang lalu


D8.0 RUMUS DIIKUTI OLEH SOALAN

Ayat 1


Subjek Predikat


Kata kerja kata komplemen subjek predikat

STPM 2002
42 Antara ayat yang berikut,yang manakah yang menepati rumus di atas?
A Dia mengendalikan program itu untuk ketua jabatannya.
B Budak kecil itu menjerit-jerit ketika saya tiba di rumahnya.
C Pengetua menjelaskan bahawa murid itu sakit tenat di rumahnya.
D Budak itu bangun lalu meninggalkan adiknya yang sedang menangis.

STPM 2003
Objek + kata ganti nama tunjuk + X + kata kerja pasif

42 X dalam rumus di atas boleh diisi dengan kata ganti diri
A orang ketiga sahaja
B orang kedua sahaja
C orang pertama sahaja
D orang pertama dan kedua

STPM 2003
Kata Bantu aspek + kata penguat + kata adjektif

5 Antara yang berikut, yang manakah ayat yang mengandungi binaan frasa seperti
di atas?
A Kesihatan Puan Tan sudah baik sungguh.
B Kain yang dipakainya halus bagai sutera.
C Peluang kenaikan pangkat Encik Haris sudah amat cerah
D Bilangan penonton yang menyaksikan perlawanan itu agak kecil sekali

(E) STRATEGI MENJAWAB
1. Baca arahan soalan dengan teliti sebelum mula menjawab. Pastikan kertas
soalan tersebut lengkap dan mengandungi 60 soalan.
2. Baca setiap petikan dengan teliti, kemudian baca 4 pilihan jawapan yang
diberikan. Calon dinasihatkan agar berhati-hati semasa memilih jawapan
aneka pilihan atau pilihan pecahan yang diberikan.
3. Pilih jawapan yang paling tepat dan tandakan jawapan itu dengan betul
pada kertas jawapan objektif yang berasingan. Pastikan ruangan yang
ditandakan itu betul.
4. Calon hendaklah menjawab kesemua 60 soalan mengikut had masa yang
ditetapkan iaitu 2 jam. Bahagikan masa untuk menjawabnya dan jangan
berlengah-lengah apabila menjawab mana-mana bahagian yang tertentu
yang dianggap sukar.
5. Jangan tinggalkan mana-mana soalan tanpa dijawab kerana tindakan ini
amat merugikan calon.
6. Ingat; tiada pemotongan markah bagi soalan yang salah.
7. Jumlah markah calon secara keseluruhannya dikira berdasarkan jumlah
jawapan yang telah ditandakan/dijawab dengan betul pada kertas
jawapan objektif.
8. Kepantasan membaca serta kemahiran membahagikan masa sangat penting
SEMASA menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
9. Calon juga seharusnya dapat memahami petikan/karya sastera/carta
dengan baik.
10. Gariskan kata kunci atau isi-isi penting semasa membaca petikan agar
dapat memudahkan proses menjawab soalan-soalan susulan yang dikemukakan.

(F) CARA MENJAWAB (LANGKAH DEMI LANGKAH)
1. Baca dan fahami dengan teliti carta/kenyataan/petikan atau stimulus-
stimulus lain dan soalan. (fahami setiap patah kata)
2. Untuk memahami kehendak soalan, gariskan kunci soalan (kata/frasa/klausa)
dan tentukan skopnya.
Contoh :
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang bunyi vokal?
Skop/pengetahuan : Definisi/ciri-ciri bunyi vokal.
3. Baca dan fahami semua pilihan jawapan dan lakukan perkara yang sama
seperti no. 2 (gariskan kunci jawapan (kata/frasa/klausa)
Contoh :
A Semasa bunyi dihasilkan,tiada getaran pada pita suara.
B Semasa bunyi vokal dihasilkan, udara yang keluar dari paru-paru mengalami
sekatan di rongga mulut.
C Semasa bunyi dihasilkan,udara yang keluar dari paru-paru mengalami sempitan
di rongga mulut.
D Semasa bunyi dihasilkan, udara yang keluar dari paru-paru keluar berterusan
melalui rongga tekak dan rongga mulut.
4. Setelah melalui semua proses di atas, tetapkan pilihan jawapan.
5. Untuk tidak membuang masa, sekiranya masih keliru, pindah kepada soalan
yang lain
6. Ulang langkah 1 hingga 4 untuk soalan-soalan yang ditinggalkan.
7. Peruntukkan masa lebih kurang 5 minit untuk menyemak semula pilihan
jawapan yang ditanda pada kertas jawapan objektif untuk memastikan
bahawa semua 60 soalan telah calon jawab.

[G] KAEDAH MENJAWAB SOALAN 2 ATAU TIGA GABUNGAN JAWAPAN.

G1.0 : Kaedah penyingkiran, contohnya,
STPM 2004
32 Antara yang berikut, yang manakah kata tunggal?
I Jejari
II Rujukan
III Kelmarin
IV Kosmopolitan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

STPM 2002
50 Antara yang berikut, ayat manakah yang mengandungi subjek kata kerja yang
berfungsi sebagai kata nama?
I Masakan ibu enak sekali
II Bederma satu amalan mulia
III Membuang masa adalah tabiat buruk
IV Penggunaan dadah mengancam keselamatan negara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

G2.0 : Kaedah Logik, contohnya,
STPM 2004
16 Susunan yang betul untuk perancangan bahasa Melayu ialah
I pengekodan
II perancangan taraf
III perancangan dasar
IV penilaian hasil dan pemantapan strategi
A I, II, III dan IV
B II, III, IV dan I
C III, I, II dan IV
D III, II, I dan IV

STPM 2002
14 Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang menunjukkan perancangan
bahasa Melayu pada peringkat pertama?
I Melaksanakan rancangan yang disusun
II Mempertimbangkan kedudukan bahasa-bahasa lain
III Memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
IV Melaksanakan kajian semula terhadap kedudukan bahasa kebangsaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

(H) KELEMAHAN CALON
1. Calon gagal untuk menjawab semua soalan. Tindakan ini amat merugikan
kerana walaupun markah tidak dipotong bagi jawapan yang salah, calon
sepatutnya cuba untuk menjawab.
2. Alasan yang biasa dikemukakan oleh calon ialah tidak mempunyai masa yang
mencukupi. Jadi, calon dinasihatkan agar dapat mengagihkan masa dengan
bijak agar semua soalan dapat dijawab mengikut masa yang ditetapkan.
3. Calon yang kurang cekap membaca mungkin mengambil masa yang agak lama
untuk memahami maklumat yang terkandung dalam ketiga-tiga petikan/karya
sastera/carta bagi soalan pemahaman.
4. Calon mungkin agak lemah dalam penguasaan bahasa sehingga tidak boleh
memahami isi-isi tersirat dalam petikan yang diberikan.
5. Calon mungkin lemah dalam bahagian tatabahasa atau fonologi bahasa Melayu.
6. Calon terlalu gopoh apabila menjawab soalan sehingga tidak peka terhadap
kehendak soalan sama ada yang positif atau negatif. Tindakan ini
menyebabkan calon memilih jawapan yang salah.
7. Calon kurang cekap menginterpretasi rangsangan daripada pelbagai bahan
yang dikemukakan.
8. Lazimnya calon kurang yakin atau terkeliru apabila memilih jawapan aneka
pilihan yang berbentuk pilihan pecahan mungkin kerana kurang pengetahuan
tentang tajuk yang disoal. Sesetengah calon mungkin meneka jawapan.
9. Calon cuai ketika menandakan jawapan terutamanya jika jawapan ditandakan
dahulu pada kertas soalan sebelum menandakan pada kertas jawapan objektif.

(I) LANGKAH –LANGKAH MENGATASI KELEMAHAN.
1. Bersedia lebih awal dengan latih tubi dari semasa ke semasa.
2. Buat catatan atau nota kecil yang mudah dibawa ke mana-mana untuk dihafal.
3. Baca arahan soalan dengan teliti sebelum menandakannya pada kertas jawapan
objektif supaya tiada sebarang kesilapan dilakukan.
4. Baca soalan dengan cermat/teliti dan cuba fahamkan kehendak soalan.
5. Agihkan masa dengan baik agar semua soalan dapat dijawab dalam tempoh 2 jam.
6. Cuba fahami perbezaaan maksud bagi setiap pernyataan yang dikemukakan dalam
pilihan jawapan yang diberikan.
7. Tandakan dengan pensel atau hitamkan dengan jelas pada ruangan jawapan di
kertas jawapan objektif seperti yang diarahkan.
8. Calon dinasihatkan agar tidak menandakan jawapan di kertas soalan, kemudian
menandakannya semula pada kertas jawapan objektif kerana tindakan ini bukan
sahaja membuang masa bahkan boleh mengelirukan calon.

(J) PENUTUP
“KECILKAN MASALAH, BESARKAN PELUANG”

“MANUSIA YANG BERJAYA IALAH MANUSIA YANG LUAR BIASA…"
MANUSIA BIASA BOLEH MENCAPAI KEJAYAAN SEPERTI YANG DICAPAI
OLEH MANUSIA YANG LUAR BIASA
...dengan syarat...
BERUSAHALAH SECARA LUAR BIASA

BIASAKAN YANG BETUL…
BETULKAN YANG BIASA.

[K] PEMAHAMAN
01. Fonologi, fon, fonem, huruf dan suku kata [terbuka/tertutup]
02. Vokal : Konsep vokal depan/tengah/belakang/sempit/separuh sempit/
luas/separuh luas
03. Konsonan : Konsonan asli/pinjaman/bersuara/tak bersuara
04. Diftong : Rentetan vokal
05. Pola Keselarasan Vokal
06. Pengejaan : kata pinjaman/imbuhan pinjaman/kata majmuk [mantap/belum mantap]
07. Tanda baca : sempang [-]
08. Morfem : bebas/terikat [imbuhan]
09. Bentuk kata : tunggal [termasuk akronim; pembentukan akronim],terbitan/
majmuk/ganda
10. Golongan kata : KN/KK/9KA/16KT
11. Ayat : subjek/predikat/Pola Ayat Dasar
12. Frasa :jenis/binaan
13. Klausa : bebas/tak bebas
14. Susunan ayat : biasa/songsang [seluruh/sebahagian predikat] hati-hati
ayat pasif
15. Ragam ayat : Aktif/pasif [penanda pasif ]
16. Jenis ayat : penyata/perintah/seru/Tanya
17. Bentuk ayat : tunggal/majmuk [gabungan/pancangan/keterangan]/campuran
18. Penerbitan ayat : pengguguran/penyusunan semula/perluasan
19. Digunakan dalam soalan [stimulus/stem/jawapan/distraktor]
unsur/konstituen/pengaruh/pengekodan/taraf/dasar/variasi/personafikasi/
diksi/laras/wacana/retorik/glottis/vokal/konsonan/diftong/fonologi/
morfologi/sintaksis/semantik/jamak/hukumD-M/tatabahasa/morfem/morfem/
penerang/pelengkap/keterangan/subjek/predikat/relatif/komplemen/frasa
/klausa aktif/pasif/songsang/tunggal/dasar/terbitan/artikulasi/
artikulator/objek/inti/ …

[L] UJIAN
11/2003
Perkataan yang ada kaitan dengan konsep “Melayu” ditemui pada catatan yang
terdapat pada
I Batu Bersurat Talang Tuwo
II Batu Bersurat Kedukan Bukit
III patung di Padang Rocore, Batanghari
IV rekod ahli pelayaran China bertarikh 644-645 Masihi
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

13/2003
Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang bahasa Melayu klasik?
A Tidak wujud pendepanan predikat dalam binaan ayat.
B Banyak menggunakan partikel dalam ayat
C Bentuk ayat pasif lebih banyak digunakan
D Penggunaan kata pangkal ayat meluas.

07/2003
“Penyerapan variasi bahasa dari segi daerah dan sosial melalui penyediaan
tatabahasa, kamus, panduan ejaan, dan sebagainya

Pernyataan di atas merujuk kepada konsep
A penilaian
B pemupukan
C pengekodan
D pemasyarakatan bahasa

15/2002
Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang menunjukkan perancangaan bahasa Melayu pada peringkat pertama?
I Melaksanakan rancangan yang disusun
II Mempertimbangkan kedudukan bahasa-bahasa lain
III Memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
IV Melaksanakan kajian semula terhadap kedudukan bahasa kebangsaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

24/2001
Dalam pengeluaran bunyi vokal bahasa Melayu, konsep sempit, separuh sempit,
separuh luas dan luas dikaitkan dengan
A kedudukan lidah
B pergerakan lidah
C turun naik rahang
D bukaan rongga mulut

17/2001
Antara berikut yang manakah yang mengandungi unsur-unsur percampuran kod ?
I Ah Kau, ini barang berapa harga?
II I doakan you lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.
III Ana akan menghadiri seminar itu bersama-sama dengan abang anta.
IV Beta berasa amat sedih dengan penderitaan yang menimpa rakyat beta.

37/2001
Pilih keterangan yang benar tentang morfem bebas?
I Kata tunggal
II Kata berimbuhan
III Kata yang dapat berdiri sendiri
IV Dapat berfungsi sebagai ayat minimal
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

37/2002
Perkataan yang tergolong dalam kata terbitan ialah
I seteru
II ekawarna
III setinggan
IV sasterawan
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

26/2002
Antara yang berikut, yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi yang
dihasilkan dengan menyebut vokal depan luas dahulu, kemudian digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit ?
A Taut
B Kain
C Halau
D Hairan

26/2001
Pilih pernyataan yang benar tentang bunyi diftong.
I Terdapat unsur geluncuran
II Kombinasi dua bunyi vokal
III Membentuk lebih daripada satu suku kata
IV Mempunyai dua puncak kelantangan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

35/2001
Ayat yang manakah menggunakan kata adjektif sebagai pelengkap?
A Keadaan politik di negara jiran semakin genting.
B Bendera negara-negara peserta berkibaran di sekeliling stadium.
C Malaysia akan menjadi negara pengeksport kenderaan yang terkenal.
D Dia tercengang apabila namanya diumumkan sebagai pemenang peraduan itu.

33/2003
Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri kata adjektif?
A Boleh menjadi predikat ayat.
B Boleh mengikuti kata penguat.
C Boleh diikuti unsur keterangan.
D Boleh hadir di hadapan kata kerja

39/2002
Rakyat negara itu telah memberontak demi menuntut hak pemerintahan sendiri

Kata kerja yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah
A transitif
B transitif aktif
C tak transitif berpelengkap
D tak transitif tanpa pelengkap

48/2003
Antara yang berikut, yang manakah ayat pasif yang betul binaannya?
I Pakaian ini belum kupakai.
II Keputusaan ini harus anda umumkan dengan segera.
III Maklumat yang disampaikan oleh kami adalah benar.
IV Kenderaan yang mereka tumpangi baru sahaja berlepas.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

54/2003
Kata Bantu aspek + kata penguat + kata adjektif
Antara yang berikut, yang manakah ayat yang mengandungi binaan frasa
seperti di atas?
A Kesihatan Puan Tan sudah baik sungguh.
B Kain yang dipakainya haalus bagai sutera.
C Peluang kenaikan pangkat Encik Haris sudah amat cerah.
D Bilangan penonton yang menyaksikan perlawanan itu agak kecil sekali.

59/2002
Antara ungkapan yang berikut, yang manakah yang mempunyai makna konotatif
dan makna denotatif?
A Ibu kota
B Ibu ayam
C Ibu pejabat
D Ibu pertiwi

58/2003
I : Dahlah kau ni jarang mandi pagi. Kalau mandi pagi pun mandi kerbau.
II : Orang rumah saya sedang berbual-bual dengan Encik Kamarul.

Jenis kiasan yang berhuruf condong dalam ayat I dan II ialah

I II
A Kiasan melarat Kiasan asal
B Kiasan berpindah Kiasan terus
C Kiasan sandar Kiasan pemanis
D Kiasan terus Kiasan berpindah

22/2004
• Penulis mengemukakan bukti yang kukuh dan logik.
• Penulis perlu meyakinkan pembaca tentang pendapatnya.
• Penulis mempengaruhi pembaca supaya mengubah pendirian

Pernyataan di atas menepati ciri retorik
A pemerian
B pemujukan
C penceritaan
D penghujahan

29/2004
Pilih pernyataan yang benar tentang bunyi vokal.
A Udara mengalami sekatan
B Bentuk bibir boleh bundar atau terhampar
C Pita suara bergetar ataupun tidak bergetar
D Semasa menghasilkannya, lelangit lembut dalam keadaan neutral

37/2004
Ayat yang manakah mengandungi kata kerja aktif transitif?
I Kanak-kanak itu tertelan biji durian.
II Mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas
III Nelayan di Pantai Remis tertangkap anak dugong
IV Pendatang asing yang lemas kebanyakannya terjerlus ke dalam Lumpur
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

44/2004
Klausa ialah
A unit tatabahasa yang terkecil yang boleh berdiri sendiri
B unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa
C binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang
berpotensi untuk diperluas.
D rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat dan
mempunyai potensi untuk menjadi ayat.

SEKIAN...

Selasa, 8 Mac 2011

Karangan : ISU = Lumba haram KS = Punca dan langkah mengatasi

Rangka isi karangan oleh Norzalika bt. Mohd Musa (6AG 2011).
Walaupun ini bukan rangka isi terbaik tetapi pada peringkat awal ini
sebelum menduduki peperiksaan STPM, usaha pelajar ini boleh dibanggakan.
Rangka isi ini boleh diperbaik oleh pelajar-pelajar lain dengan merujuk
pelbagai sumber seperti majalah, akhbar, laman web berkaitan dan sumber-
sumber yang lain

KS 1 : Punca lumba haram.

1. Penganjur menawarkan ganjaran lumayan
- penganjur membuat keuntungan daripada penganjuran lumba haram
- hadiah pertaruhan oleh pihak penganjur : wang ringgit dan perempuan
- menjadi tarikan utama pelumba haram

2. Kos untuk menyertai pelumbaan yang sah mahal
- pelumbaan yang sah seperti pelumbaan Cup Prix di Litar Sepang mahal
- remaja yang belum berkerjaya / remaja yang berkerjaya biasa tidak
mampu / tiada penaja.
- kos pelumbaan haram lebih murah - hanya sedikit wang pertaruhan dan
kos petrol
- melepaskan 'gian' menyertai lumba haram

3. Pengaruh media massa
- majalah kenderaan / pengubahsuaian kenderaan bermotor mengghairahkan
remaja
- permainan video seperti 'Need for Speed' menambahkah keghairahan tersebut.
- novel, cerpen picisan, komik seperti siri 'Mangga Initial D' dan
'Wangan Midnight'
- filem/drama bertemakan lumba haram seperti 'KL Drift' dan 'The Fast and
The Furios' mempengaruhi remaja untuk meniru aksi-aksi yang dipaparkan
- ada amaran oleh penerbit filem tetapi tidak diendahkan kerana keseronokan
yang ditonjolkan dalam aksi tersebut.

KS2 : Langkah mengatasi lumba haram.

1. Membina lebih banyak kemudahan berlumba di setiap DUN.
- Membina litar termasuk di kawasan pedalaman seperti di kawasan Felda.
atau lokasi yang ramai remaja berlumba haram
- Kerap menganjukan perlumbaan dengan kos yang lebih rendah
- sediakan kelengkapan keselamatan percuma atau kos sewa yang rendah.

2. Mengadakan kempen kesedaran
- kempen pemanduan berhemah di sekolah dan kawasan tumpuan remaja menerusi
persatuan-persatuan belia.
- memberi kesedaran tentang bahaya pelumbaan haram - kerana tiada/kurang
peralatan keselamatan.(nyatakan contoh peralatan)
- edarkan risalah / adakan pameran untuk beri kesedaran tentang bahaya/
akibat buruk berlumba haram.
- pamerkan gambar-gambar kemalangan ngeri yang melibatkan pelumba haram
- timbulkan rasa takut dan serik/ngeri dalam kalangan remaja

3. Melakukan rondaan / pemantauan oleh pihak berkuasa.
- pihak polis perlu lebih kerap mengadakan rondaan di kawasan tumpuan lumba
haram yang telah dikenal pasti.
- adakan sekatan jalan raya di lokasi yang kerap dijadikan litar lumba haram
- tangkap remaja/ sita kenderaan yang diubahsuai.
- maklumkan ibu bapa penglibatan anak mereka- ibu bapa boleh mengawal anak.
- pelumba haram bimbang takut ditangkap dan dikenakan tindakan.

Cuba pelajar-pelajar lain daripada 6AF dan 6AG menilai dan menambah maklumat
pada rangka isi di atas. Ingat rangka isi yang lengkap memenuhi semua
pertanyaan ASiBiDiBaM.

Ahad, 6 Mac 2011

Formula X dan Y untuk membina ayat pertama perenggan isi sokongan.

Terdapat pelbagai cara membina/menulis perenggan isi sokongan sama ada menggunakan pendekatan/teknik induktif, deduktif atau eklaktik. Saya tidak berminat menghuraikan setiap satu teknik tersebut. Saya cadangkan anda memilih cara menulis perenggan isi, yang bermula dengan penyataan isi, diikuti oleh penjelasan (huraian) dan diakhiri dengan penegasan. Di sini, saya ingin menunjukkan cara membina ayat pertama setiap perenggan isi sokongan, yang semestinya mengandungi isi yang telah anda pilih.

Lihat contoh formula berikut :

Katakanlah...
Isu = kemalangan yang melibakan PA (X)
KS = punca (isi) (Y)

Formula 1 : X + Y

Kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam (X-isu) berpunca daripada keadaan pengangkutan awam yang tidak selamat. (Y-isi)

Formula 2 : Y + X

Keadaan pengangkutan awam yang tidak selamat (Y-isi) boleh menyebabkan kemalangan berlaku. (X-isu)

Binaan ayat pertama anda sangat penting kerana penanda boleh mengesan isi anda dengan mudah.

Karangan : Pembinaan rangka karangan.

1.0 PENDAHULUAN

Bahasa Melayu kertas 2 (910/2) di peringkat STPM mengandungi 4 bahagian soalan; A (karangan – 50 M), B (rumusan – 20 M), C (alih bahasa –15 M) dan D(analisis kesalahan bahasa – 15 M).
Antara 4 bahagian tersebut, bahagian A (karangan) merupakan bahagian yang paling penting dan boleh dianggap ‘nadi’ atau ‘jantung’ kepada prestasi keseluruhan kertas Bahasa Melayu 2. Oleh itu, saya menasihatkan calon memberikan lebih tumpuan pada bahagian ini.

Bahagian ini mengandungi 4 soalan; meliputi soalan karangan tidak berformat dan soalan karangan berformat (tidak semestinya).
Calon hanya dikehendaki memilih dan menjawab hanya satu soalan. Kebiasaannya, panjang karangan antara 650 hingga 700 patah kata.
Sebenarnya, saya sangat yakin yang calon boleh mendapat markah yang baik dalam bahagian ini sekiranya tiada had masa yang ditetapkan. Malangnya, hal ini tidak mungkin berlaku. Oleh itu, kebolehan calon menggunakan masa dengan sebaik mungkin amat penting dalam bahagian karangan ini.


2.0 PANDUAN MENGGUNAKAN MASA

Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 90 minit. Pembahagian masa ini perlu dibiasakan melalui latihan kawalan masa yang boleh dilakukan di rumah. 90 minit yang diperuntukkan untuk bahagian ini boleh dipecahkan kepada 3 bahagian seperti berikut :-

2.1 Membaca dan memahami kehendak soalan (5-10 minit)

- membaca semua soalan
- memilih tajuk yang lebih diketahui bukannya tajuk yang disukai atau
difikirkan senang
- memahami isu dan kehendak sebenar soalan
- mengenal pasti bentuk/laras/format soalan.

2.2 Membuat rangka karangan (15-20 minit)

- membuat rangka ketiga-tiga struktur karangan secara ringkas
- cari 5 hingga 7 isi yang relevan dengan kehendak soalan.

2.3 Menulis karangan dan membuat semakan (55-60 minit)

- banyak menggunakan ayat aktif
- pembinaan ayat tunggal dan ayat majmuk (pelbagai jenis) diseimbangkan
- jangan lupa memperuntukkan lebih kurang 5-10 minit untuk menyemak aspek
bahasa seperti struktur ayat, tatabahasa dan ejaan kerana banyak
kesilapan bahasa memungkinkan anda ditolak 15 markah (maksimum).


3.0 ANDAIAN SAYA

Berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya; daripada pelbagai cara – pertanyaan langsung, semakan hasil karangan dan kaedah ‘imbas kembali’, saya dapat merumuskan bahawa kegagalan calon, sebahagian besar berpunca daripada :-

3.1 Tidak membuat rangka karangan
3.2 Membuat rangka karangan yang tidak sempurna

• Akibatnya, calon akan menulis/menjawab apa-apa idea yang terlintas dikepala dan bukan menjawab kehendak soalan.

4.0 APA ITU RANGKA KARANGAN ?

Sebelum diterangkan, bolehkah anda menganalisis dan merumus contoh rangka karangan di bawah ?


Soalan 1

Kejadian keracunan makanan di kalangan pelajar sekolah agak hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Pada pendapat anda, mengapakah keracunan makanan ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Pendahuluan

- definisi / konsep keracunan makanan
- kejadian keracunan makanan di kalangan pelajar semakin meningkat
- setiap bulan ada sahaja kes keracunan yang dilaporkan
- kesannya, kesihatan pelajar terjejas dan boleh membawa maut
- banyak punca dan pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasinya

Isi sokongan

1. Sikap negatif pengusaha kantin dan pembekal makanan

- tidak mengambil berat aspek kebersihan
- makanan terdedah kepada lalat
- air yang digunakan tercemar
- makanan yang dibekalkan telah luput tarikh gunaannya
- bahan mentah tidak bermutu dan mengandungi bahan kimia berlebihan

Lihat rangka isi 1 di atas.
a. Idea utama/pokok IS 1 di atas ialah SIKAP NEGATIF pengusaha kantin dan
pembekal makanan.
b. Oleh itu, tumpuan/fokus idea untuk huraian anda mestilah berpusatkan
kepada sikap negatif yang berkaitan sahaja.
c. Calon tidak boleh memberi idea selain sikap negatif pengusaha kantin
dan pembekal makanan sekiranya ingin memperoleh markah (R) yang baik.
d. Begitulah juga dengan rangka isi-isi yang saya tunjukkan di bawah.

2. Kempen kesedaran tentang kebersihan makanan

- dapat menjelaskan kepada pelajar tentang kepentingan memastikan makanan
yang mereka makan bersih, bermutu dan selamat
- dapat mengetahui tentang kepentingan kebersihan
- kempen dijalankan – ceramah, pameran, dan kuiz.

Kesimpulan

- masalah ini tidak boleh dipandang ringan
- kerjasama semua pihak perlu

Soalan 2

Kes kematian yang disebabkan oleh penyakit jantung di Malaysia kebelakangan ini semakin meningkat. Ada laporan menyatakan bahawa salah satu punca penyakit jantung ialah tekanan yang dihadapi oleh seseorang dalam menjalani kehidupan moden pada zaman ini.
Berikan ulasan anda tentang pernyataan ini.

Pendahuluan

- sakit jantung – pembunuh utama di Malaysia
- pelbagai jenis – penyakit jantung – koronari, angina dan infaksi
- membawa kesengsaraan hidup
- terdapat pelbagai punca

Penyakit jantung merupakan pembunuh utama di Malaysia. Penyakit ini terdiri daripada pelbagai jenis, antaranya termasuklah penyakit jantung koronari, angina dan infaksi. Penyakit jantung bukan sahaja membawa kesengsaraaan hidup kepada pesakit, tetapi juga kepada keluarganya. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan penyakit ini menyerang seseorang individu khususnya tekanan yang dihadapi seseorang dalam menjalani kehidupan moden pada zaman ini.

Isi sokongan

1. Tekanan hidup
- ramai hadapi masalah hidup
- ketegangan fikiran berlaku
- kegagalan hidup menjejaskan jantung
- marah, cemas dan pergolakan emosi meningkatkan degupan jantung
- akhirnya membawa penyakit jantung

Tekanan hidup memang menjadi punca utama penyakit jantung. Kehidupan kita semakin sibuk. Semua orang berusaha keras untuk menjadi kaya. Namun ramai orang yang gagal dalam hidup. Tekanan hidup menyebabkan ketegangan fikiran. Akibatnya, golongan pemarah, pantang kalah dan mahu berjaya dalam semua hal akan sentiasa cemas. Kegagalan dalam hidup, tekanan keluarga dan kerja juga mendatangkan kesan kepada jantung mereka. Tekanan hidup menyebabkan pergolakkan emosi dan selanjutnya peningkatah degupan jantung. Endokrin dalam badan merembeskan kumpulan hormon adrenalin yang menyebabkan otot tegang. Ini meningkatan degupan jantung dan membebankannya. Lama-kelamaan, keadaa ini membawa kepada sakit jantung.


2. Amalan negatif – merokok dan minum minuman keras
- asap rokok mengandungi tar, nikotin dan karbon monoksida
- Nikotin menambah mendapan lemak pada arteri koronari jantung – tersumbat
- Arak mengandungi kafein
- Kafein menyebabkan kenaikan tekanan darah – mempercepatkan degupan jantung
- Akibatnya- terjadi ateriosklerosis dan angina

Amalan merokok dan ketagihan arak juga merupakan punca yang menyebabkan berlakunya sakit jantung. Lebih 80% lelaki rakyat Malaysia ialah perokok. Bilangannya menakutkan kita. Mereka tidak sedar asap rokok mengandungi campuran 4 000 jenis bahan kimia, termasuk nikortin, tar dan karbon monoksida. Nikotin akan menambah mendapan lemak pada arteri koronari jantung. Ini menyebabkan saluran arteri tersumbat. Arak pula mengandungi kafein. Kafein ini menyebabkan kenaikkan tekanan darah, mempercepat kadar degupan jantung dan mengurangkan kadar oksigen di dalam darah. Lama-kelamaan, masalah ini memudahkan pembekuan darah. Ini menyebabkan terjadinya ateriosklerosis dan angina.


3. Kurang bersenam
- sibuk bekerja
- masa terluang sangat kurang
- pekerjaan tidak memerlukan pergerakan fizikal – tidak banyak tenaga
digunakan
- berat badan meningkat
- mendapan lemak berlaku dalam dinding arteri koronari
- penyakit jantung berlaku

5.0 ANDA FAHAM ?

Sejauh manakah tahap pemahaman anda ?. Pemahaman anda dapat dinilai berdasarkan latihan perbengkelan semasa proses P&P kelak.

Sabtu, 5 Mac 2011

ANALISIS SOALAN BAHAGIAN C : ALIH BAHASA STPM 2004-2010

Berdasarkan analisis 2 soalan Alih Bahasa yang keluar setiap tahun di bawah,
anda boleh menjangkakan bentuk/jenis alih bahasa yang mungkin keluar dalam peperiksaan STPM tahun semasa. Saya cadangkan anda memahirkan diri mengalih bahasa 3 bentuk/jenis alih bahasa pada 2 bulan terakhir menjelang peperiksaan STPM.

STPM 2004
1. Dialog : cerpen
2. Sajak

STPM 2005
1. Dialog
2. Puisi

STPM 2006
1. Prosa klasik
2. Dialog

STPM 2007
1. Dialog : Cerpen
2. Dialog : Wawancara

STPM 2008
1. Undang-undang
2. Prosa klasik

STPM 2009
1. Iklan
2. Sajak

STPM 2010
1. Dialog
2. Sajak

Apakah bentuk alih bahasa yang anda jangkakan akan keluar pada tahun ini ?.

Rabu, 2 Mac 2011

Sintaksis

PANITIA BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 6
SMK. BANDAR MAS, KOTA TINGGI, JOHOR.

BACALAH...
Sekapur sirih , selayang pandang ,
Buat renungan anda : mengapa pelajar mencatat keputusan yang berbeza walaupun diajar oleh guru yang sama, pada waktu yang sama dan bilangan waktu yang sama ? Apa-apapun jawapan anda, saya percaya bahawa kejayaan atau kegagalan pelajar banyak bergantung kepada usaha yang dilakukannya.
Menurut cerita, manusia diberi dua peluang sepanjang hayatnya, dan terpulanglah kepadanya, untuk mengambil atau melepaskan peluang tersebut. Pilihan tersebut dikatakan akan menentukan hala tuju kehidupannya pada masa akan datang.
Anda telah dipilih sebagai pelajar yang disasarkan untuk cemerlang.Ini merupakan salah satu peluang untuk anda menentukan masa depan anda yang lebih cemerlang.
Oleh itu, buatlah latihan ini dengan bersungguh-sungguh sama ada melalui perbincangan, merujuk buku atau apa-apa cara yang sesuai dengan anda kecuali meniru bulat-bulat jawapan daripada pelajar lain.


Nasihat kepada pelajar :
Gunakan ”pendekatan proses” yang telah saya tunjukkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Gariskan kata kunci pada soalan kerana kata kunci tersebut memandu anda tentang langkah-langkah yang perlu dibuat pada setiap pilihan jawapan ; A, B, C dan D.
Sekiranya anda kurang faham tentang prosesnya, anda boleh merujuk kepada saya atau layari blog ( http://teknikjawabbmstpm.blogspot.com.my) . Sekian.

Tajuk : Sistem Bahasa Melayu
Subtajuk : Sintaksis (kajian tentang ayat)

STPM 1998

1. Penerbitan ayat dalam bahasa Melayu dapat dilakukan melalui proses
i. peluasan
ii. pengguguran
iii. penggantian
iv. penyusunan semula

A. i dan iv C. iii dan iv
B. ii dan iii D. i, ii dan iv

2. Antara ayat yang berikut, yang manakah ayat relatif?
i. Yang merah itu baju saya.
ii. Kakak memotong sayur dengan hati-hati.
iii. Orang yang bersalah telah menerima hukuman.
iv. Dia mengatakan bahawa adiknya akan tiba sebentar lagi.

A. i dan iii C. ii dan iii
B. i dan iv D. ii dan iv

3. Antara ayat berikut, yang manakah yang tidak boleh dipasifkan?
i. Memancing ikan menjadi kegemaran mereka sejak kecil.
ii. Tuhan membuka pintu syurga kepada orang yang bertaubat.
iii. Warna merah menjadi lambing keberanian dan kegagahan.
iv. Dermawan itu membiayai semua aktiviti kebajikan persatuan itu.

A. i dan iii C. iii dan iv
B. ii dan iv D. i, ii dan iv

4. Antara ayat yang berikut, yang manakah yang menunjukkan penggunaan
kata sendi dengan tepat?
A. Kebanyakan kain berasal dari benang.
B. Kuih pau dibuat daripada tepung gandum
C. Pada siapakah masalah ini harus kita kemukakan?
D. Sebahagian dari usianya telah dimanfaatkan untuk kerja-kerja kebajikan.

Encik Ali menghadiahi anaknya sebuah buku cerita.

5. Ayat di atas ialah ayat aktif transitif kerana
i. mempunyai objek
ii. boleh dipasifkan
iii. mempunyai penerang kata kerja
iv. menjadikan subjek sebagai judul.

A. i dan ii C. iii dan iv
B. ii dan iii D. i, ii dan iv

Pemergian pasukan tentera Malaysia berbekalkan semangat
patriotik yang tinggi.


6. Frasa berhuruf condong dalam ayat di atas berfungsi sebagai
A. objek C. penerang nama
B. pelengkap D. keterangan sifat

7. Antara ayat yang berikut, yang manakah yang mengandungi kata dalam
yang berfungsi sebagai kata sendi?
i. Perigi yang digalinya itu dalam sungguh.
ii. Kanak-kanak itu mati lemas di dalam perigi.
iii. Pelancong kulit putih itu fasih bertutur dalam bahasa Melayu.
iv. Pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak terlibat dalam kegiatan
yang menjatuhkan citra sekolah.

A. i dan ii C. i, ii dan iii
B. iii dan iv D. i, ii dan iv

STPM 1999

8. Antara yang berikut, ayat yang manakah yang menunjukkan pola
ayat dasar yang terdiri daripada ‘Kata Nama + Kata Kerja’?
i. Ahmad tidak gemuk.
ii. Semalam hujan turun.
iii. Mereka bertolak pada hari Jumaat.
iv. Yang datang itu sahabat lama ibu.

A. i dan ii C. i, ii dan iii
B. ii dan iii D. ii, iii dan iv

9. Antara ayat yang berikut, yang manakah tidak boleh dipasifkan?
i. Dia makan berulamkan jering.
ii. Kakak mengirimi adik wang.
iii. Ayah membantu saya untuk menjelaskan hutang.
iv. Dia berasa amat hiba mengenangkan nasib adiknya.

A. i dan ii C. ii dan iii
B. i dan iv D. ii dan iv

• Keluarganya ke rumah sepupunya.
• Yang kecil di dalam kotak

10. Ayat-ayat di atas terbentuk daripada
A. frasa nama dan frasa kerja
B. frasa nama dan frasa nama
C. frasa nama dan frasa sendi
D. frasa adjektif dan frasa nama

11. Antara ayat yang berikut, yang manakah yang mengalami pengguguran?
A. Dia memberitahu saya bahawa dia tidak sihat.
B. Sementara Rashid menunggu ibunya sampai, dia menulis surat.
C. Dengan hati-hati dia bertindak kerana dia mahu mengelak daripada
dikesan oleh musuh.
D. Sesiapa yang telah menjelaskan yuran dipersilakan masuk, yang
belum diminta menunggu di luar.

12. Antara penyataan yang berikut, yang manakah yang betul tentang ayat?
i. Susunan subjek dan predikatnya boleh disongsangkan.
ii. Ayat dasar terdiri daripada ayat penyata atau ayat aktif.
iii. Ayat terbahagi kepada dua, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.
iv. Ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat tanya atau ayat perintah.

A. i dan iv C. ii, iii dan iv
B. i, ii dan iii D. i, ii, iii dan iv

13. Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang ayat aktif?
i. Konstituen subjek dalam pola ayat aktif umumnya diisi oleh frasa nama.
ii. Ayat aktif hanya terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah, dan ayat
seruan.
iii. Ayat aktif terbahagi kepada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah,
dan ayat seruan.
iv. Ayat aktif transitif yang bersifat ayat tunggal terbentuk daripada
ayat yang mengandungi frasa nama subjek asal sebagai judul.
A. i dan ii C. iii dan iv
B. i dan iv D. i, ii dan iv

14. Antara yang berikut, yang manakah ayat majmuk keterangan?
i. Kelopak matanya tidak berkelip tatkala melihat lukisan abstrak itu.
ii. Budak itu menangis dengan kuat kerana kakinya yang luka itu berdarah.
iii. Fatimah akan mengikuti kami kalau dia habis mengulang kaji pelajaran.
iv. Negara kita terkenal sebagai sebuah negara majmuk yang penduduknya
hidup dengan penuh harmoni.

A. i dan ii C. iii dan iv
B. i dan iv D. i, ii dan iii

STPM 2000

15. Antara yang berikut, yang manakah menggunakan kata adjektif
sebagai subjek?
i. Sabar sifat terpuji
ii. Tinggi lampai abang saya.
iii. Hijau lambang kedamaian.
iv. Pucat muka kakak apabila ditegur.

A. i dan iii C. ii dan iii
B. i dan iv D. iii dan iv

16. Antara yang berikut, yang manakah ayat permintaan?
i. Harap jangan bising semasa mesyuarat dijalankan.
ii. Tolong tutup pagar itu semula selepas kamu keluar.
iii. Minta kamu semua bertenang buat sementara waktu.
iv. Sediakan laporan tentang peristiwa yang berlaku tadi.

A. i dan iii C. i, ii dan ii
B. ii dan iii D. ii, iii dan iv

17. Antara yang berikut, yang manakah ayat yang gramatis?
i. Masakan ibu paling lazat baginya.
ii. Suara qariah itu amat merdu didengar.
iii. Perangai budak itu paling baik sekali di dalam kelas 4 sastera.
iv. Menara Kuala Lumpur merupakan bangunan tertinggi sekali di dunia.

A. i dan ii C. ii dan iv
B. i dan iii D. iii dan iv

Sungguh mustahil untuk mereka melepaskan diri.

18. Ayat di atas ialah ayat
A. relatif C. campuran
B. gabungan D. komplemen

• Pelajar mesti rajin belajar demi masa depan mereka.
• Juruwang harus teliti supaya tidak berlaku kesilapan mengira wang
• Pemimpin negara menggubal Dasar Ekonomi Baru untuk meningkatkan
taraf hidup rakyat.

19. Ayat-ayat di atas merupakan ayat majmuk keterangan
A. syarat C. akibat
B. tujuan D. musabab

20. Antara ayat yang berikut, yang manakah yang menyalahi
hukum jamak dalam bahasa Melayu?
i. Buah durian itu besar-besar.
ii. Anak-anak Pak Dollah pandai-pandai.
iii. Segerombolan para pengganas komunis telah menyerah diri.
iv. Semua ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah dikehendaki berkumpul.

A. i dan ii C. I, ii dan iii
B. i dan iv D. ii, iii dan iv

21. Antara ayat yang berikut, yang manakah yang terbentuk daripada
pendepanan kata bantu dengan kata kerja.
i. Belum pandai duduk anak kecil itu.
ii. Masih membaca buku pelajar itu sejak pagi tadi.
iii. Pernah datang pelajar universiti itu ke kampung ini.
iv. Sedang sakit sangat pemuda yang terlibat dalam kemalangan itu.

A. i dan iii C. ii dan iv
B. ii dan iii D. i dan iv

22. Antara yang berikut, yang manakah ayat tanya yang betul?
i. Adakah kita sanggup budaya timur yang kita sanjung selama ini
terus dicabuli?
ii. Apakah kita tergamak melihat generasi akan datang menderita kerana
kecuaian kita?
iii. Adakah mereka yang telah mengkhianati segala usaha yang kita lakukan
telah diadili?
iv. Apakah kemelesetan ekonomi yang kita hadapi memang telah dirancang
oleh golongan tertentu?

A. i dan ii C. iii dan iv
B. i dan iii D. i, ii dam iv

23. Antara ayat yang berikut, yang manakah ayat komplemen?
i. Untuk mereka mengawal kegiatan penagihan dadah bukanlah mudah.
ii. Kami berdoa supaya pesakit itu selama menjalani pembedahan.
iii. Orang ramai seharusnya menjaga kemudahan awam yang disediakan
oleh kerajaan.
iv. Pakar ekonom itu meramalkan bahawa ekonomi negara akan pulih tidak lama
lagi.

A. i dan ii C. i dan iv
B. i dan iii D. ii dan iv

Pemergian pasukan tentera Malaysia berbekalkan semangat
patriotik yang tinggi


24. Frasa berhuruf condong dalam ayat di atas berfungsi sebagai
A. unsur pelengkap
B. penerang subjek
C. penerang adjektif
D. penerang kata kerja

25. Antara yang berikut, yang manakah ayat dasar?
i. Sila terima hadiah ini.
ii. Pendengarannya masih baik.
iii. Jasanya patut dikenang selalu.
iv. Pandai sungguh anak Pak Mat itu.

A. i dan iii C. ii dan iv
B. ii dan iii D. i, ii dan iv

STPM 2001

26. Pilih penyataan yang benar tentang ayat aktif transitif.
i. Mengandungi kata kerja transitif.
ii. Mengutamakan subjek asal sebagai judul ayat.
iii. Mengutamakan predikat asal sebagai judul ayat.
iv. Mengandungi frasa nama sebagai unsur penyambut.

A. i dan iii C. ii dan iv
B. i, ii dan iv D. ii, iii dan iv

27. Ayat yang manakah mengalami proses pengguguran?
A. Encik Ali tidak dapat menghadiri majlis itu kerana isterinya sakit.
B. Sekiranya berkelapangan, kami akan datang ke rumah awak besok.
C. Ketika kami sampai di sekolah, Cikgu Abdul Halim sudah menunggu di
hadapan pejabat.
D. Jamal dan Daud akan mewakili sekolah dalam permainan badminton
pada mingu hadapan.

28. Yang manakah ayat tanya terbuka?
A. Gurunya siapa?
B. Menangiskah bayi itu?
C. Cerdik benar budak itu?
D. Pemuda itu kawan saudara?

29. Antara frasa sendi nama dalam ayat berikut, yang manakah yang
betul penggunaannya?
i. Permohonan itu akan diteliti dari masa ke semasa.
ii. Kejadian itu akan dikaji dari semasa ke semasa.
iii. Dakwaan mereka akan disiarkan dari semasa ke masa.
iv. Peristiwa yang menakjubkan itu akan diberi perhatian dari masa ke masa.

A. i dan iii C. ii dan iv
B. ii dan iii D. iii dan iv

• Terdiri daripada ragam ayat aktif
• Terdiri daripada ayat penyata sahaja.
• Menjadi asas kepada pembentukan ayat lain.

30. Penyataan di atas merupakan ciri
A. ayat dasar C. ayat tunggal
B. ayat mudah D. ayat terbit.

Dia berjuang demi masa depan anak bangsa.

31. Frasa yang berhuruf condong dalam ayat di atas berfungsi sebagai
A. frasa keterangan C. Frasa komplemen
B. frasa eksosentrik D. frasa endosentrik

32. Antara ayat yang berikut, yang manakah yang mengandungi unsur
keterangan syarat?
A. Kita perlu memujuknya agar ia sudi ikut serta.
B. Dia sanggup berputih tulang demi kedaulataan negara.
C. Program itu dijalankan supaya para belia tidak membuang masa
secara sia-sia.
D. Sesuatu yang kita janji hendaklah kita tunaikan andai kata kita
ingin dihormati.

• Mereka bergurau sesama sendiri.
• Mereka akan pulang ke kampung esok.
• Mereka berbincang tentang isu-isu semasa

33. Keterangan yang tidak benar tentang ayat-ayat di atas ialah
A. mempunyai satu klausa bebas.
B. Terdapat unsur pengguguran atau penghilangan
C. Susunannya ialah subjek + predikat + keterangan
D. Kata kerjanya terdiri daripada kata kerja aktif tak transitif.

34. Pilih ayat aktif tak transitif yang mengandungi unsur keterangan yang
tidak boleh digugurkan.
A. Petani itu berkebun di belakang rumah.
B. Kanak-kanak itu membesar dengan cepat.
C. Kebanyakan pendatang tanpa izin tinggal di kawasan setinggan.
D. Beberapa orang pelancong masih bersiar-siar walaupun telah lewat malam.

35. Penyataan yang manakah tidak benar tentang frasa?
A. Frasa menjadi konstituen kepada klausa.
B. Frasa boleh terdiri daripada satu perkataan.
C. Frasa sendi nama menjadi subjek dalam ayat.
D. Frasa nama boleh menjadi subjek atau predikat ayat.

STPM 2002

36. Antara ayat yang berikut, yang manakah yang menepati rumus di atas?
A. Dia mengendalikan program itu untuk ketua jabatannya.
B. Budak kecil itu menjerit-jerit ketika saya tiba di rumahnya.
C. Pengetua menjelaskan bahawa murid itu sakit tenat di rumahnya.
D. Budak itu bangun lalu meninggalkan adiknya yang sedang menangis.

Berjaya juga akhirnya pendaki gunung Everest itu
37. Ayat di atas
A. tidak boleh dipasifkan
B. mengalami proses pengguguran
C. mengalami proses penyongsangan
D. boleh menggugurkan unsur keterangan.

38. Antara ayat yang berikut, yang manakah yang boleh mengalami pengguguran
frasa keterangan?
i. Ketekunannya selama ini menghasilkan kejayaan.
ii. Kumpulan peneroka rancangan tanah telah berhijrah.
iii. Wakil-wakil dari negara ASEAN bersidang selama seminggu di
Pusat Dagangan Dunia Putra.
iv. Sekolah Bestari akan melahirkan pelajar yang berketrampilan
dalam penggunaan teknologi maklumat.

A. i dan ii C. ii dan iii
B. i dan iv D. iii dan iv

39. Antara yang berikut, yang manakah ayat yang gramatis?
i. Mereka membincangkan tentang perkara itu.
ii. Dia mengalihkan pandangannya ke arah kakak saya.
iii. Beliau mempelajari perkara itu daripada pengalamannya.
iv. Keputusan sebulat suara telah dibuat di dalam mesyuarat itu.

A. I dan ii C. ii dan iii
B. I dan iv D. iii dan iv

40. Antara yang berikut, yang manaka ayat majmuk pancangan komplemen
frasa adjektif?
i. Bekas penghuni Rumah Bahagia insaf bahawa mereka telah diperalatkan.
ii. Dakwaan bahawa Menara Kuala Lumpur retak tidak berasas sama sekali.
iii. Pelajar-pelajar bermasalah itu kini sedar bahawa peraturan sekolah
adalah asas pembentukan disiplin diri.
iv. Pengurus projek itu mengumumkan bahawa kerja tapak pembinaan tidak
menjejaskan kualiti alam sekitar.

A. i dan ii C. ii dan iii
B. i dan iv D. iii dan iv

41. Berdasarkan ayat di atas, bahagian yang berhuruf condong ialah
A. pendepanan kata kerja sahaja
B. pendepanan kata kerja dengan objek
C. pendepanan kata kerja dengan pelengkap
D. pendepana kata kerja transitif dengan objek.

42. Antara yang berikut, yang manakah yang bukan ayat majmuk?
A. Mereka menyedari bahawa masalah itu akan menjejaskan prestasi mereka
tetapi tidaklah akan sampai pada tahap yang mencemaskan.
B. Sebuah lori Syarikat Cahaya Suria telah melanggar sebatang pokok
besar di hadapan Restoran Intan malam kelmarin.
C. Negara kita terkenal sebagai sebuah negara majmuk yang penduduknya
dapat hidup dengan penuh harmoni
D. Kerana terlalu penat, dia tertidur selama 24 jam di atas kerusi
di rumahnya.

Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu.
43. Unsur yang menjadi pengisi frasa nama dalam ayat di atas terdiri daripada
A. inti + inti
B. inti + penerang nama jenis
C. inti + penerang nama milik
D. inti + penerang nama penyambut

44. Antara yang berikut, ayat manakah yang mengandungi subjek kata kerja
yang berfungsi sebagai kata nama?
i. Masakan ibu enak sekali.
ii. Berderma satu amalan mulia.
iii. Membuang masa adalah tabiat buruk.
iv. Penggunaan dadah mengancam keselamatan negara.
A. i dan ii C. ii dan iii
B. i dan iv D. iii dan iv

45. Antara yang berikut, yang manaka ayat yang mengandungi predikat
nama terbitan?
A. Perlanggaran itu mengorbankan tiga nyawa.
B. Cerita pemuda itu adalah rekaan semata-mata.
C. Pertunjukan itu berakhir pada pukul enam petang.
D. Bahasa Melqayu ialah bahasa kebangsaan negara kita.

Sejak lebih empat puluh tahun lalu rakyat negara ini
telah mengecapi nikmat kemerdekaan.

46. Unsur keterangan predikat bagi ayat di atas ialah
A. rakyat negara ini.
B. nikmat kemerdekaan.
C. sejak lebih empat pulu tahun.
D. rakyat negara ini telah mengecapi

Terpikat hatiku oleh kemanjaannya

47. Antara ayat perintah yang berikut, yang manaka membawa maksud ajakan?
A. Tunggu di situ sebentar!
B. Tunggulah saya di sana!
C. Kita tunggu di sini sebentar!
D. Kita tak usah datang pagi esok.

48. Antara yang berikut, yang manakah ayat pasif yang betul?
i. Tanaman orkid itu awak akan usahakan.
ii. Sampan yang bocor itu telah kami baiki.
iii. Tolong anda bayar harga barangan dapur itu.
iv. Anak buaya itu ditangkap oleh pengawal zoo itu.

A. i dan ii C. ii dan iii
B. i dan iv D. ii dan iv

49. Antara ayat yang berikut, yang manakah terdiri daripada
ayat majmuk gabungan?
A. Untuk mengatasi masalah itu kita perlu berhati-hati.
B. Rumah yang terletak di atas bukit itu telah terbakar.
C. Ayah saya membaca akhbar sambil mendengar radio.
D. Saya tidak dapat menghadiri majlis itu kerana kesuntukan masa.

50. Antara yang berikut, ayat manakah yang mengandungi kata kerja
transitif aktif dengan dua objek?
i. Abang membelikan ayah sebuah rumah.
ii. Adiknya melukis lukisan yang cantik itu.
iii. Gadis itu menjahitkan ibunya sehelai baju.
iv. Baginda merasmikan pameran yang bersejarah itu.
A. i dan iii C. ii dan iii
B. i dan iv D. iii dan iv


kertas soalan tamat.

Selasa, 1 Mac 2011

Rumusan : Pentaksiran Kurikulum 1

Pentaksiran Kurikulum 1
Tingkatan 6 Atas Tahun 2011

5. Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkaskan tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 170 hingga 180 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada aklhir jawapan. [20]

Dahulu,sampah sarap dibuang di dalam tong sampah atau di merata-rata tempat dan dianggap tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada manusia. Kini dengan adanya kemajuan sains dan teknologi,sampah sarap masih boleh digunakan kerana bahan tersebut dapat dikitar semula. Proses ini melibatkan proses mengumpul, memproses dan menggunakan semula bahan-bahan yang terbuang. Walaupun begitu,bahan-bahan yang tertentu sahaja dapat dikitar semula. Antaranya surat khabar lama, majalah lama, botol, kaca, aluminium dan plastik. Bahan-bahan yang terbuang ini merupakan punca berlakunya pencemaran alam sekitar.
Berbagai-bagai bentuk kempen telah dilakukan oleh pihak kerajaan sama ada kempen secara bergerak di seluruh negara atau melalui iklan-iklan di televisyen, akhbar dan majalah. Kempen ini diadakan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya kitar semula. Melalui program kempen secara intensif, masyarakat kini mula memperlihatkan tanda positif tentang usaha yang dijalankan itu. Orang ramai mula peka akan kepentingan kitar semula ini walaupun terpaksa memakan masa yang agak lama untuk membina sikap yang positif terhadap perkara tersebut.
Sampah merupakan bahan yang berharga dan bernilai selain bahan-bahan yang kita buang setiap hari. Bahan bernilai yang kita buang ini jika dikitar semula akan lebih meningkatkan lagi nilainya dengan penghasilan barangan baharu yang diperlukan dalam kehidupan manusia. Langkah ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan pengimportan bahan-bahan kitar semula dari luar negara, khususnya dari negara Australia, Amerika Utara dan Singapura. Pengurangan import tersebut juga sekali gus mengurangkan pengaliran wang ke luar negara.
Warganegara yang bertanggungjawab harus mengambil tahu tentang kepentingan penjagaan kebersihan alam sekitar. Mereka juga seharusnya menyedari bahawa pembuangan sampah-sarap yang sewenang-wenangnya akan mencemarkan dan mengotorkan alam sekitar yang seterusnya memberikan gambaran buruk kepada pelancong asing yang melawat ke negara kita. Dengan situasi yang demikian, industri pelancongan di negara kita ini akan terjejas dan negara kita akan hilang sumber pendapatan.
Dari aspek lain pula,program kitar semula dapat menjimatkan kos penyelenggaraan yang meliputi kos kawasan pelupusan sampah, kerja-kerja pengutipan sampah dan mengurangkan kos pertambahan lori sampah. Kos tersebut penting untuk dimanfaatkan kepada aktiviti yang lain untuk kepentingan orang ramai. Melalui program kitar semula juga,masalah kekurangan ruang dapat diatasi. Hal ini demikian kerana program ini dapat menyelamatkan ruang pelupusan sampah dan kawasan berkenaan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.
Kitar semula kertas dapat mengurangkan bilangan pokok yang ditebang.Sebelum ini kita perlu menebang sebanyak 17 batang pokok untuk menghasilkan satu tan kertas. Bayangkan kalau proses penebangan untuk pembuatan kertas berterusan selama-lamanya. Kepentingan hutan hendaklah difahami. Kita seharusnya memelihara hutan untuk tatapan generasi masa akan datang. Selain itu, hutan merupakan salah satu sumber yang istimewa dan merupakan pembekal oksigen kepada manusia dan semua makhluk yang hidup di muka bumi ini.
Sampah ialah bahan yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai dan mencacatkan persekitaran. Kawasan yang bersih akan menjadi kotor. Jika sampah dibiarkan begitu sahaja dan dikumpulkan sebelum dilupuskan, tempat tersebut akan menarik minat haiwan pembawa kuman dan penyakit, terutama burung gagak dan tikus.Oleh sebab itu, melalui program kitar semula kita dapat mengelakkan pengumpulan sampah dan bawaan penyakit dan sekali gus dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Kosmik, Januari 2002)

Skema jawapan

IDEA UTAMA:Kitar semula melibatkan usaha mengumpul,memproses,dan menggunakan bahan-bahan yang terbuang itu semula.Bahan-bahan ini merupakan punca berlakunya pencemaran alam sekitar.


IDEA SOKONGAN 1: Berbagai-bagai bentuk kempen dilakukan oleh kerajaan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan kitar semula.Kini,orang ramai mula positif tentang program tersebut.

IDEA SOKONGAN 2: Sampah yang kita buang,jika dikitar semula boleh meningkatkan lagi nilainya apabila menghasilkan barang-barang baharu.Hal ini boleh mengurangkan pengimportan bahan-bahan kitar semula dari luar negara.

IDEA SOKONGAN 3: Pembuangan yang sewenang-wenangnya boleh mencemarkan alam sekitar dan boleh menjejeskan industri pelancongan negara,Selain itu ruang pelupusan sampah dapat diselamatkan.

IDEA SOKONGAN 4: Program kitar semula dapat menjimatkan kos dari segi penyelenggaraan kawasan pelupusan,kerja-kerja memungut sampah,dan kos pertambahan lori sampah.

IDEA SOKONGAN 5: Kitar semula kertas dapat mengurangkan bilangan pokok yang ditebang untuk menghasilkan kertas.Proses penebangan harus dikawal kerana hutan merupakan sumber oksigen kepada semua hidupan di muka bumi ini.



KESIMPULAN

Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan kebersihan persekitaran.Oleh sebab itu,program kitar semula dapat mengatasi masalah berlakunya pengumpulan sampah dan bawaan penyakit dan sekali gus dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

Analisis Subtajuk Popular Morfolgi dan Sintaksis STPM 2003-2009

SMK. BANDAR MAS, KOTA TINGGI, JOHOR
PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA MALAYSIA KERTAS 1 STPM
TAJUK-TAJUK POPULAR BAHAGIAN 3

STPM 2003
MORFOLOGI (KATA)
BIL PERKARA
1 Fungsi kata ‘yang’
2 Ciri-ciri kata adjektif
3 Kata tugas – kata bantu
4 Kata tugas
5 Mengesan kata kerja pasif
6 Kata pemeri yang betul
7 Kata kerja tak transitif berpelengkap / tak pelengkap
8 Kata sendi nama – ’untuk’
9 Imbuhan meN-kan yang gramatis
10 Kata dasar yang terdiri daripada kata terbitan
11 Rumus ayat pasif- kata sendi nama orang 1,2 dan ke-3

SINTAKSIS (AYAT)
BIL PERKARA
1 Ayat dasar
2 Ayat keterangan syarat
3 Pola FN + FK
4 Ayat aktif tak transitif
5 Binaan frasa Inti + Inti
6 Ayat pasif yang betul binaannya
7 Klausa bebas / Tak bebas / Keterangan
8 Frasa kerja keterangan penyertaan
9 Ayat majmuk
10 Ayat aktif tak transitif yang keterangan boleh digugurkan (KKTTTP)
11 Mengesan jenis-jenis ayat majmuk
12 Binaan frasa KB + KP + KA
13 Proses pembinaan ayat majmuk, ayat songsang dan proses pengguguran
14 Mengesan ayat tunggal

STPM 2004
MORFOLOGI (KATA)
BIL PERKARA
1 Kata hubung musabab
2 Kata majmuk kiasan
3 Jenis kata penguat
4 Kata kerja transitif aktif
5 Kata majmuk bebas
6 Maksud kata ganda (kata bilangan)
7 Kata pemeri
8 Hukum D-M

SINTAKSIS (AYAT)
BIL PERKARA
1 Susunan tatabahasa yang betul – penanda jamak dan KSN
2 Unsur keserasian makna
3 Definisi klausa
4 Proses pendepanan
5 Proses komplimentasi
6 Ayat majmuk – 2 klausa
7 Binaan frasa yang betul
8 Cari predikat ayat – D = unsur yang diterangkan M= unsur yang menerangkan
Betulkan yang songsang
9 mengesan ayat songsang, ayat pasif, ayat dasar, ayat aktif transitif
10 Jenis-jenis ayat majmuk
11 Unsur pengguguran dalam ayat
12 Unsur keterangan dalam frasa kerja
13 Padanan ayat dasar dengan ayat terbitan
14 Ayat aktif tak transitif yang betul

STPM 2005
MORFOLOGI (KATA)
BIL PERKARA
1 Jenis kata penguat
2 Jenis-jenis kata bilangan
3 Maksud akhiran –an
4 Kata kerja pasif
5 Kata tunggal
6 Jenis kata akronim
7 Kata kerja bermaksud lokatif
8 Kata bantu
9 Rumus ayat

SINTAKSIS (AYAT)
BIL PERKARA
1 Ayat yang tidak boleh dipasifkan
2 Mengesan ayat tunggal
3 Ayat majmuk pancangan keterangan pertentangan
4 Ayat - Peluasan, penyusunan semula, pancangan
5 Jenis-jenis keterangan dalam ayat
6 Jenis-jenis ayat majmuk
7 Mengesan keterangan dalam ayat
8 Klausa utama
9 Ayat yang mengalami pengguguran
10 Proses pendepanan

STPM 2006
MORFOLOGI (KATA)
BIL PERKARA
1 Kata berimbuhan yang betul (KKT / KKTT / imbuhan mempeR)
2 Akronim
3 Kata Bantu
4 Kata pemeri
5 Kata bilangan
6 Kata akar
7 Kata adjektif gabungan pancaindera
8 Kata kerja meN – kan dengan 2 objek
9 Kata majmuk

SINTAKSIS (AYAT)
BIL PERKARA
1 Ayat majmuk pancangan keterangan
2 Ayat pasif yang betul binaannya
3 Ayat majmuk gabungan
4 Ayat majmuk relatif
5 Ayat majmuk campuran
6 Ayat yang mengandungi kata majmuk hukum D-M
7 Ayat aktif transitif
8 Mengesan ayat yang bukan majmuk
9 Frasa sendi nama berfungsi sebagai keterangan
10 Fungsi frasa sendi nama keterangan / pelengkap
11 Ayat yang gramatis

STPM 2007
MORFOLOGI (KATA)
BIL PERKARA
1 Makna susunan tatabahasa
2 Imbuhan pinjaman
3 Peleburan fonem
4 Ayat yang guna kata adjektif dengan betul
5 Penggunaan kata sendi nama yang betul
6 Penggunaan KSN ’di antara’ yang betul
7 Akronim
8 Fungsi kata ’nya’ penekan / pembenda
9 Bilangan morfem dalam kata
10 Mengesan KKT dan KKTT (berpelengkap/tak berpelengkap)

SINTAKSIS (AYAT)
BIL PERKARA
1 Ayat pasif yang betul
2 Mengesan jenis ayat majmuk
3 Frasa nama sebagai penerang yang didahului unsur diterangkan
4 Mengesan ayat pasif
5 Mengesan unsur inti dalam ayat
6 Frasa nama sebagai pelengkap
7 Ayat majmuk yang menggunakan kata hubung pancangan keterangan
8 Ayat dasar
9 Ayat yang tidak boleh pasif
10 Frasa sendi nama yang jadi keterangan frasa kerja bermaksud tujuan
11 Ayat mengandungi kata kerja tak transitif dengan pelengkap kata adjektif
12 Ayat aktif tak transitif
13 Rumus ayat – yang menepati struktur rumus
14 Proses pengguguran
15 Ayat yang mengandungi 2 objek
16 Binaan ayat (S+P+keterangan)

STPM 2008
MORFOLOGI (KATA)
BIL PERKARA
1 Suku kata tertutup
2 Alomorf imbuhan meN-kan yang betul
3 ‘Nya’ sebagai penekan
4 Kata Bantu aspek
5 Kata kerja bermaksud kausatif
6 Jenis kata hubung dalam ayat
7 Kata majmuk istilah khusus
8 Akronim
9 Kata kerja terbitan yang kata dasarnya bukan kata kerja
10 Jenis kata bilangan
11 Kata penguat bebas

SINTAKSIS (AYAT)
BIL PERKARA
1 Unsur yang membina frasa adjektif (KB+KP dan lain-lain)
2 Ayat tanya terbuka
3 Pola ayat dasar
4 Kata kerja tak transitif berpelengkap
5 Ayat tunggal
6 Jenis-jenis keterangan dalam ayat
7 Ayat komplemen frasa adjektif
8 Ayat majmuk susunan fakta berurutan
9 Frasa kerja 2 objek
10 Jenis-jenis ayat majmuk
11 Pola FN+FA
12 Ayat yang boleh dipasifkan
13 Rumus binaan ayat
14 Ayat yang keterangan boleh digugurkan

STPM 2009
MORFOLOGI (KATA)
BIL PERKARA
1 Kata hubung keterangan
2 Kata nafi
3 Kata penguat
4 Kata bantu / Kata sendi nama / kata arah
5 Kata prafrasa
6 KSN
7 KSN
8 Kata majmuk
9 Kata penekan
10 Kata hubung
11 KSN

SINTAKSIS (AYAT)
BIL PERKARA
1 Proses pendepanan (ayat songsang)
2 Ayat 2 objek
3 Proses pengguguran (subjek @ predikat)
4 Proses pengguguran
5 AM pancangan keterangan
6 AM
7 AM keterangan
8 AM
9 Analisis pola ayat
10 Analisis pola ayat (rajah pohon)
11 Ayat pasif

Tips bunyi Vokal

Ciri yang SAMA untuk semua bunyi Vokal.

1. Udara mesti keluar berterusan.
(udara tidak disekat/dihalang/disempit)
2. Udara mesti keluar menerusi rongga mulut.
3. Pita suara mesti bergetar
bunyi bersuara).
4. Lelangit lembut mesti dinaikkan. (menutup rongga hidung)