Jumlah Paparan Halaman

Sahabat Blog

Selasa, 22 Mei 2012

Filem Berunsur Mistik & 1 Murid 1 Sukan : Peperiksaan Pertengahan Tahun 6 Atas Tahun 2012 : Bahasa Malaysia Kertas 2 Kota Tinggi, Johor


SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN A : KARANGAN


Soalan 3 :
Kini, filem tempatan banyak yang bertemakan unsur mistik. Bincangkan kesan pemaparan tema tersebut  kepada penonton.

Pendahuluan

- Filem yang  bertemakan unsur mistik ialah wayang gambar yang
  memaparkan  kisah kehidupan keadaan ghaib yang tidak dapat diselami oleh 
  pemikiran manusia untuk tontonan masyarakat. 
- Contoh, Jangan Pandang Belakang, Zombie Kampung Pisang, Pontianak 
  Harum Sundal Malam dan sebagainya.
- Pemaparan tema tersebut memberikan kesan kepada penonton.

Isi
Kesan filem yang bertemakan unsur mistik
IS1       :   Menyebabkan ketakutan membelenggu jiwa penonton.
IS2       :   Mendorong penonton untuk meniru aksi pelakon yang   
                mengamalkan  ilmu hitam atau amalan khurafat
IS3       :   Memberikan keuntungan kepada penerbit filem kerana sambutan 
                yang memberangsangkan daripada penonton.
IS4       :   Penonton dapat mengambil iktibar daripada cerita yang ditonton.
IS5       :   Menambah pengetahuan penonton tentang kehidupan alam ghaib
IS6       :   Mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat – terpesong akidah 
                – meniru perlakuan  tersebut
IS7       :   Memperbodoh masyarakat – pemikiran tahyul
IS8       :   Pengaruh kepada kanak-kanak – tingkah laku, pemahaman dan 
                percakapan
               
Kesimpulan
Pemaparan filem yang bertemakan mistik mendatangkan kesan positif dan negatif kepada penonton. Oleh itu, pihak yang berkenaan harus memberikan garis panduan yang relevan kepada penerbit filem mistik di Malaysia.


Soalan 4 :

Program 1Murid 1Sukan banyak memberikan manfaat kepada murid. Huraikan manfaat   yang boleh diperoleh daripada program ini.

Pendahuluan
- Program 1Murid 1Sukan: pembangunan sukan sekolah ke arah meningkatkan 
  kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di 
  sekolah.
-Terdapat pelbagai manfaat  sukan kepada murid.

Isi
Manfaat  sukan
IS1       :  Aktiviti sukan dapat mengisi masa lapang murid secara berfaedah.
IS2       :  Murid yang menceburkan diri secara serius dalam bidang sukan 
               dapat mengharumkan nama sekolah dan negara apabila memenangi 
               pertandingan sehingga peringkat antarabangsa.
IS3       :  Sukan juga penting sebagai alat perpaduan
IS4       :  Dengan menyertai aktiviti sukan dapat membentuk sahsiah, jati diri, 
               dan disiplin murid. 
IS5       :  Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid.
IS6       :  Berpengetahuan luas tentang sukan yang diceburi. Contoh, 
               badminton – pelajar tahu  cara pegang raket, undang-undang dan 
               sebagainya.
IS7       :  Membangunkan modal insan melalui penyataan yang menyeluruh
IS8       :  Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan 
               berpotensi  untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
IS9       :  Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan 
               keperluan fizikal

Kesimpulan

Soalan 3 :
Kini, filem tempatan banyak yang bertemakan unsur mistik. Bincangkan kesan pemaparan tema tersebut  kepada penonton.

Soalan 4 :
Program 1Murid 1Sukan banyak memberikan manfaat kepada murid. Huraikan manfaat   yang boleh diperoleh daripada program ini.

Pastikan anda memang benar-benar memahami isunya. Pemahaman tentang isu akan memudahkan anda mencari isi-isi yang relevan.

Pemilihan soalan yang ingin calon jawab bergantung kepada beberapa kriteria. 

Dalam memilih soalan, jangan sesekali melihat kepada susah atau senangnya sesuatu isu pada pandangan sendiri. Yang lebih penting bukan isunya tetapi jumlah isi dan pengetahuan tentang sesuatu isu tersebut. Fikirkan juga bilangan kehendak soalannya, sama ada satu atau dua. Kriteria-kriteria ini boleh membantu calon memilih soalan dengan lebih baik.

Tiada ulasan: