Maklumat Am PBS Penggal 2 :
Penulisan Esei Berformat
Bentuk format :
·Laporan
·Syarahan/Ceramah/Teks ucapan
·Memorandum
·Minit mesyuarat
·Kertas cadangan
·Surat kiriman rasmi
* Dinilai dalam Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
* Dibuat dalam waktu PdP
* 7 Esei individu
* 600-650 patah perkataan
* SKR : tidak kurang 250 patah kata
* Markah : 25 setiap esei
* Wajaran : 8 %
Contoh soalan PBS :
Tulis sebuah karangan yang
panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan dengan
berdasarkan satu
daripada tajuk-tajuk di bawah. [25 markah]
1 Kini, stesen televisyen cenderung untuk mengadakan
rancangan hiburan yang bersifatrealiti bagi menarik minat penonton. Rancangan sedemikian
menimbulkan kesan negatif kepada penonton, terutamanya golongan remaja.
Sebagai pengerusi sebuah persatuan kebudayaan dan kesenian yang berpengaruh,
anda diminta menghantar satu memorandum kepada Menteri Penerangan, Komunikasi,
dan Kebudayaan. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan kekesalan tentang
kesan negatif yang timbul daripada rancangan tersebut dan mengemukakan usul
untuk menangani kesan negatif itu. Tulis memorandum tersebut selengkapnya.
2 Sebagai setiausaha sebuah pertubuhan bukan kerajaan, anda
diminta menyediakan laporan tentang kelemahan sistem pengangkutan awam di
negara ini dan mengemukakan cadangan untuk mengatasinya. Sediakan laporan itu.
3 Andaikan anda pegawai di Jabatan Kesihatan
dan anda diminta untuk menyampaikan ceramah kepada kakitangan awam di sebuah
agensi kerajaan. Tajuk ceramah anda ialah Amalan Hidup Sihat. Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya.
PRAUNIVERSITI SMK. BANDAR MAS, KOTA
TINGGI, JOHOR
JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
KERJA KURSUS
PENGGAL 2 : PENULISAN ESEI BERFORMAT
|
Tempoh : bulan dan
tarikh
|
Perancangan dan
pelaksanaan aktiviti
|
Tindakan guru
|
Tindakan calon
|
Catatan
|
JANUARI
|
Pengenalan
kerja kursus
|
Memberikan penerangan kepada calon tentang
penulisan esei berformat, dari aspek tugasan dan tarikh akhir penyerahan
tugasan
|
Mendengar penerangan guru dan mengetahui aspek tugasan yang
perlu dilaksanakan
|
|
(2/1/2013 -4/1/2013)
|
||||
JANUARI
|
Penyediaan
soalan esei berformat
|
Menyediakan tujuh soalan esei berformat. Soalan disediakan berdasarkan sukatan
pelajaran
|
Tidak berkenaan
|
|
(7/1/2013-11/1/2013)
|
||||
JANUARI-
MEI
(14/1/2013-17/5/2013)
|
Pengajaran dan pembelajaran esei berformat
Penulisan esei berformat
Penghantaran, penyemakan, dan penilaian esei
berformat
|
Mengadakan sesi P&P di dalam bilik darjah
tentang esei berformat, seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran
Menyerahkan soalan esei berformat kepada calon
dan membimbing mereka dalam penulisan esei berformat
Menyemak dan menilai esei berformat berdasarkan
skema pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM
*Guru hendaklah melaksanakan penulisan dan
penyemakan esei berformat sepanjang tempoh P&P. Penulisan hendaklah dibuat apabila P&P
bagi sesuatu format esei telah selesai.
|
Mengikuti P&P dan mempelajari format esei
Menerima soalan esei berformat dan menulis
esei berdasarkan soalan yang diterima
Menghantar esei berformat yang dihasilkan kepada guru untuk disemak dan dinilai
|
Penghantaran esei berformat:
Setiap
esei berformat yang dihasilkan oleh calon hendaklah terus dihantar kepada
guru sebelum guru memulakan P&P bagi format esei yang lain.
Penyemakan dan penilaian esei berformat:
Guru hendaklah menyemak dan menilai semua esei berformat
yang dihantar oleh calon dan memberikan peluang kepada mereka untuk menambah
baik markah masing-masing.
*Guru sekolah kerajaan juga dikehendaki menilai esei
berformat bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu.
Guru sekolah swasta tidak dibenarkan untuk menilai
esei berformat bagi mana-mana jenis calon.
|
APRIL-MEI
|
Penyelarasan
oleh penyelaras
|
Mengemukakan sampel esei calon untuk diselaraskan
oleh penyelaras
|
Tidak berkenaan
|
|
(29/4/2013-13/5/2013)
|
||||
MEI
|
Penghantaran markah esei berformat kepada MPM
|
Menghantar markah calon ke MPM
|
Tidak berkenaan
|
|
(20/5/2013-24/5/2013)
|
Nota Penting :
- Dalam proses penghasilan PBS : Kajian Ilmiah ini, calon perlu peka dan mematuhi perkara-perkara berikut :-
1.1 Tempoh masa
1.2 Perancangan dan
pelaksanaan aktiviti
1.3 Tindakan calon

Tiada ulasan:
Catat Ulasan